Pengenalan
Warna-warna merupakan panjang gelombang yang berbeza dalam cahaya putih. Apabila salah satu daripada panjang gelombang adalah dominan, kita memerhatikan cahaya dengan satu warna, kerana mata kita tidak dapat membezakan semua warna apabila mereka mempunyai perbezaan intensiti yang besar. Jika keamatan pancaran cahaya adalah sangat tinggi untuk merah dan sangat kecil untuk warna lain, kita hanya dapat melihat warna merah. Cahaya putih terbentuk daripada gabungan semua warna cahaya dengan intensiti cahaya yang sama.
Warna-warna primer dapat membentuk warna lain. Hal ini kerana keamatan mereka adalah lebih tinggi . Oleh itu, dengan menggabungkan kombinasi yang berbeza dan kuasa mereka, warna baharu akan terbentuk. Antara warna primer ialah merah, hijau dan biru.
Apabila warna digabungkan, fenomena penambahan warna terbentuk. Jika kita mencampurkan sian, magenta dan kuning ( warna cahaya sekunder) ,hasilnya adalah warna primer dan warna hitam. Fenomena ini dipanggil sebagai penolakan warna.
No comments:
Post a Comment