Prinsip Penolakan Cahaya
Warna bagi objek bergantung pada warna cahaya yang dipantulkan ke dalam mata kita.
- Objek yang berwarna primer ( merah, biru dan hijau ) hanya memantulkan cahaya yang sama warna dengannya.
Objek merah memantulkan cahaya merah.
Cahaya berwarna yang lain diserap.
Oleh itu, objek kelihatan merah.
- Objek yang berwarna sekunder ( kuning, magenta dan sian ) memantulkan cahaya yang sama warna dengannya dan juga warna primer yang membentuknya.
- Objek putih kelihatan putih kerana objek putih memantulkan semua warna.
Objek putih memantulkan semua warna dalam cahaya putih.
Semua cahaya berwarna bertindih untuk menghasilkan cahaya putih semula.
- Objek hitam kelihatan hitam kerana semua cahaya berwarna diserap olehnya.
Objek hitam menyerap semua warna dalam cahaya putih.
Tiada cahaya dipantulkan.
Oleh itu, objek kelihatan hitam.
No comments:
Post a Comment